Gotong-Royong Menceriakan PI PPR Kg Muhibbah
17 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2019, telah diadakan gotong-royong bagi membersih dan menceriakan PI PPR Kg Muhibbah. Gotong-royong yang dijalankan selama 3 jam bermula pada 2.00 sehingga 5 petang. Gotong-royong diadakan bersama-sama pelajar yang sering datang ke Pusat Internet. Sebelum gotong royong diadakan, pelajar diberi taklimat mengenai keselamatan penggunaan internet dan cara menggunakan komputer dengan betul.
Para pelajar bersama-sama staf Pusat Internet membersihkan peralatan-peralatan yang ada dan mengemas, menyusun dan menceriakan seluruh kawasan Pusat Internet. Gotong-royong ini diadakan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria kepada pengguna-pengguna Pusat Internet. Aktiviti seperti ini juga mengeratkan hubungan staf Pusat Internet bersama-sama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: